16.3.13

PROGRAM MENYAMBUT KEDATANGAN MURID/PENJAGA (GURU PENYAYANG)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Ini adalah program awal persekolahan. Masa sesi hari pertama naik sekolah...

Guru-guru dibahagikan kepada 2 tempat:
-pintu pagar hadapan
-pintu pagar belakang

Guru-guru akan menyambut kehadiran murid dan penjaga ke sekolah. Penjaga juga dibenarkan untuk menghantar anak ke kelas bagi murid tahun 1 dan pra sekolah.

Aktiviti sebegini lebih merapatkan lagi hubungan guru dengan ibu bapa. Secara tak langsung murid akan rasa dirinya dihargai.

Marilah bersekolah di sekolah cikgu! hehhehee













Read More...

PERLANTIKAN PENGAWAS

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Pagi ku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahmku
Di pundak
Selamat pagi semua....

sambung-sambung..hehhe nilah lagu pembakar semangat cikgu.. lagu dari sebuah filem indonesia..Cuba teka filem apa?????

Hari ini perlantikan pengawas, ketua darjah, pen.ketua darjah juga pustakawan.

Dirasmikan oleh guru besar, bacaan ikrar bakal-bakal pemimpin negara..
Moga semua pengawas dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya. Ingat ya anak-anakku... KERJA ITU IBADAH..

-Kamu role model murid lain
-kami membantu perjalanan sekolah

TERUS TERBILANG













Read More...

PROGRAM AKUJANJI CALON UPSR DAN IBU BAPA 2013

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? sihat semua?

Sekolah cikgu hari ni buat program akujanji. Memang tiap tahun buat. Rasanya semua sekolah rendang akan buat perkara yang sama kan? heheheee

Untuk ibu bapa pada kali ini cikgu panggil Cikgu Arsyad yang juga merupakan guru di sekolah cikgu. Kenapa cikgu minta c.arsyad yang beri ceramah?

1-Cikgu Arsyad merupakan Orang Kurang Upaya Cacat Penglihatan
2-Cikgu Arsyad ada Master!
3-Cikgu Arsyad pelajar terbaik SPM Kategori Orang Kurang Upaya (Tahun cikgu tak ingat..hehe)
5-Cikgu Arsyad mempunyai celik akal yang tinggi
6-Cikgu Arshad sangat islamic

hehheeee... itulah penyebabnya cikgu minta cikgu Arsyad memberikan ceramah pada kali ini bagi celik akal sikit pada murid-murid tahun 6 ni..Hehehhee..

Ceramah Cikgu Arsyad memang bagus. ZCikgu pun rasa sebak bila mendengar perjalanan hidup cikgu Arsyad dalam memastikan dirinya tidak tertinggal dalam pelajaran..

Secara kebetulan waktu program berlangsung ada pihak dari (Ops time nilah terlupa) alah yang aktifkan otak kanan dan kiri tu..haaaa...yang tulah datang ke sekolah nak minta izin edar pamplet pada murid. Jadi saya pun panggil lah sekali untuk buat demo pada ibu bapa..hehheeee












Read More...

CERAMAH KEPIMPINAN (SK F LOKHENG SELATAN)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, cikgu nak sampaikan cerita tahun lepas punya yang cikgu terlupa nak update..heheheee... maaflah.. Lupa sebelum usia. Barulah jumpa gambar-gambar program. Cikgu dipanggil untuk menyampaikan ceramah kepimpinan kepada murid-murid di SK F Lok Heng Selatan. Cikgu sediakan beberapa acara:

1-Ceramah bertajuk KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN
2-LDK 1 (Kami Menurut Perintah)
3-LDK 2 (Personaliti pilihan)
4-Ujian Personaliti warna

Moga murid-murid dapat memahami apa yang cikgu sampaikan. Diharap LDK yang dilaksana dapat difahami saling perkaitannya.




Read More...

Hadiah Hari Jadi Bulanan (Guru Penyayang)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Sempena Program Guru Penyayang ni cikgu telah sediakan hadiah pada setiap bulan. Tetapi memandangkan pada setiap bulan jumlah murid adalah ramai jadi cikgu buat keputusan untuk cabutan bertuah sahaja. Iaitu sebanyak 5 cabutan nama murid yang murah rezekinya. Heheheee...

Happy Birthday to u....

Mari-mari....lihat hadiah mereka!




Read More...

PROGRAM KETRAMPILAN DIRI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, harap semuanya sihat ya. CIkgu pun sihat, alhamdulillah.

Cikgu nak beritahu, hari tu cikgu mengadakan satu program bertajuk KETRAMPILAN DIRI. Murid yang terlibat ialah murid tahun 5 dan 6 sahaja. Cikgu memanggil pihak AVON Kota Tinggi untuk menyampaikan taklimat tersebut beserta pameran produk-produk penjagaan diri.

Murid diajar cara membersihkan diri dengan betul. Jenis-jenis syampoo, pewangi, pencuci dan deodoran. Memang semua murid teruja lebih-lebih lagi cikgu dah beritahu awal-awal akan diadakan jualan RM10 yang mengandungi semua produk yang cikgu sebut tadi. Ramai yang beli. TERIMA KASIH AVON!

Mari lihat aksi sepanjang program berjalan.







Read More...

5 MINIT BENCI ZINA

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Selamat pagi semua..hari ini hari rabu. Sekolah cikgu ada 3 kali perhimpunan. Hari isnin, rabu dan jumaat. Hari rabu adalah perhimpunan kokorikulum.

Hari ini cikgu ambil kesempatan selama 5 minit untuk menyampaikan info benci zina. Tajuk cikgu hari ini ialah  ILMU BENTENG KE ARAH PENZINAAN.

Cikgu fokus kepada:
-ilmu membolehkan murid-murid tahu perkara yang baik dan buruk
-ilmu menjadikan murid-murid insan yang berguna
-penambahan ilmu mampu menjadikan murid lebih mempunyai pengetahuan yang luas
-ilmu bertindak sebagai penghalang sikap yang buruk


Read More...