19.2.13

PROGRAM SELEPAS UPSR (BI: The Parts Of Body)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum..
Kali ini Panatia Bahasa Inggeris menjalankan aktiviti berkumpulan. Murid-murid yang telah dibahagikan kumpulan itu perlu menyiapkan sebuah kad bertajuk The Parts Of Body.. Tak kisah lah body apa. Contohnya rumah...disetiap sudut dan bentuk rumah mesti ada parts diakan..perlu lukis dan terangkan nama-nama parts tu..

Mari lihat aktiviti yang dijalankan....














Read More...

PROGRAM SELEPAS UPSR (Sains: Membina Modul Bangunan)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Kali ini Panitia Sains melaksanakan aktiviti Membina Modul Bangunan. Murid murid dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang sahaja dan dibahagikan sama rata dengan dua kelas.

Murid-murid dikehendaki membawa sendiri alatan-alatan yang diperlukan seperti kotak, gam, gunting dan sebagainya. Aktiviti dijalankan dari jam 7.30 hingga jam 10.00 pagi. Di sini dapat dilihat kreativiti  murid-murid dalam memastikan mereka mampu merekabentuk bangunan yang mereka pilih.

Mari kita lihat aksi mereka...
















Read More...

PROGRAM LEPAS UPSR (Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum..
Cikgu telah menyiapkan jadual untuk program selepas UPSR bagi murid-murid yang sudah selesai menduduki UPSR tahun 2012. Biasalah awal-awal program cikgu akan utamakan aktiviti sukan dahulu. Jadi, kali ini telah diadakan pertandingan bola jaring bagi perempuan dan bola baling bagi lelaki.

Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut rumah sukan Jebat, Kasturi,Lekir dan Tuah. Mereka menjalani latihan dahulu selama dua hari dan pertandingan juga dijalankan selama dua hari. Di sini cikgu meminta kerjasama dengan guru sukan. Latihan dan pertandingan hanya dijalankan pada awal pagi iaitu bermula jam 7.30 hingga jam 10.00 sahaja kemudian PNP berjalan seperti biasa.

Mari lihat aksi mereka..










Read More...

"RALAT"

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Di sini cikgu nak buat pengumuman RALAT.
Apa itu RALAT?

Cikgu RALAT kerana:
-Internet cikgu mengalami masalah sejak bulan 10 tahun lepas
-Cikgu tak dapat nak kemas kini blog seperti biasa


Tetapi ada berita gembira!!

Cikgu still simpan semua aktiviti yang berlaku sepanjang bulan 10,11,12 juga bulan 1 dan 2 tahun ini..hehehe

Dikesempatan ini walaupun sudah masuk bulan 2 tahun 2013, tapi cikgu nak juga update aktiviti yang berlaku lepas.   Sayang rasanya jika tak berkongsi dengan rakan-rakan semua kan.. Sebelum tu lihat gambar cikgu bersama murid cikgu yang comel ini...


Read More...

9.7.12

MODUL PSIKOSOSIAL (Komunikasi berkesan)-Bola Bom

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. harap semua sihat ya. Hari ni cikgu laksanakan modul bimbingan di kelas 4 Arif. Cikgu nak melatih murid-murid ini untuk komunikasi yang lebih berkesan. Tetapi cara cikgu bukan menerangkan semata-mata! nanti murid jemu. So, cikgu tukar kepada berbentuk fun dan game agar murid suka dan dapat terlibat sama. pastinya game ni memerlukan murid-murid bercakap dan beraksi. Secara tak langsung cikgu dapat melihat bagaimana mereka berkomunikasi.

Oh, ya. Nama Aktiviti ini Bola Bom!

Bahan-bahan:
-Radio muzik
-Bola
-keratan nota contohnya
(muka anda masam saja. Tolong senyum selama 1 minit)
(Anda suka kucing? sila bunyikan suara kucing dalam keadaan manja, garang dan lapar)
(Ada pernah kencing malam? kenapa ya?)
(Saya tahu anda pembersih, Jadi tolong carikan 1 sampah dan buang ke dalam tong sampah)

langkah-langkah:
-mainkan muzik dan murid memberikan bola kepada rakan sebelah.
-Muzik dihentikan dan murid yang memegang bola dikehendaki mencabut kertas yang ada di dalam kotak
-Murid dikehendaki melakukan suruhan tersebut.

Objektif:
-Murid dapat menyatakan pendapat dan idea

















Read More...